Maksud Hadis
Daripada
Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang artinya : Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak
menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah
para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya
terhadap para rasul. Maka firmanNya yang artinya : Wahai rasul-rasul makanlah
kamu daripada makanan yang baik (halal)...dan firmanNya lagi yang artinya :
Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada makanan yang baik apa
yang dianugerahkan kepadamu(halal).... Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut
tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal
rambutnya kusut masai, mukanya berrdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit
: Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram
dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka
bagaimana Kami mau mengabulkan doanya.
- Riwayat imam Muslim -
1.
Ketika berdoa maka sebutlah nama-nama Allah yang baik dan cantik kerana Allah
begitu menyayangi mereka yang menyebut nama-namaNya malah sesiapa yang
menghafal dan menghayati nama Allah yang 99 maka dijanjikan balasan Syurga.
2.
Tidak boleh memberi sedekah perkara yang haram atau tidak elok kerana telah
diriwayatkan dalam satu hadis Sohih yang bermaksud : Allah tidak akan menerima
sembahyang tanpa bersuci dan Dia tidak menerima sedekah daripada perkara yang
tidak elok (sumber atau bendanya).
3.
Kita dapat lihat bagaimana Allah menerima korban Habil berupa seekor kibas yang
gemuk dan sihat serta Dia menolak korban Qabil yang berupa gandum yang tidak
elok.
4.
Ibnu Abbas menerangkan bagaimana Allah tidak akan menerima sembahyang seseorang
yang mana di dalam tubuhnya ada perkara yang haram.
5.Walau
pun seseorang yang bermusafir dengan niat yang elok merupakan jihad dan doa
orang yang musafir mudah dikabulkan oleh Allah tetapi jika dia dibesarkan
dengan makanan, minuman atau pakaian yang haram maka doanya akan ditolak oleh
Allah.
6.
Imam Syafie sendiri pernah pada suatu hari mengadu kepada gurunya tentang
beliau susah mengingati dan memahami apa yang dipelajari sedangkan sebelum ini
tidak pernah berlaku perkara demikian. Lalu gurunya meminta agar beliau
menjauhi perkara yang haram dengan kata-katanya : Sesungguhnya ilmu itu adalah
cahaya dan cahaya Allah tidak akan dianugerahkan kepada orang yang berbuat
maksiat. Mendengar jawapan gurunya lalu imam Syafie pulang ke rumahnya dan
bertanya adakah beliau telah diberi makan atau minum perkara yang haram. Lalu
ibuny
7.
Antara perkara yang menghalang daripada dikabulkan doa seseorang ialah
sebagaimana berikut :
a. Doa orang yang zalim
b. Doa orang yang sentiasa melakukan dosa
c. Doa orang yang memutuskan tali persaudaraan
d. Doa orang yang dilumuri dengan maksiat
e. Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa
a. Doa orang yang zalim
b. Doa orang yang sentiasa melakukan dosa
c. Doa orang yang memutuskan tali persaudaraan
d. Doa orang yang dilumuri dengan maksiat
e. Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa
8.
Setiap muslim yang memanjatkan doanya kepada Allah dengan bersungguh maka akan
dikabulkan oleh Allah dalam 4 keadaan iaitu :
a. Samada dikabulkan secara
segera
b. Dikabulkan setelah melalui masa yang lama
c. Dikabulkan di akhirat nanti dengan digandakan pahala
d. Atau diampuni dosanya
b. Dikabulkan setelah melalui masa yang lama
c. Dikabulkan di akhirat nanti dengan digandakan pahala
d. Atau diampuni dosanya
Terimakasih Telah Berkunjung
Judul: DOA DAN MAKANAN HARAM
Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
Semoga saja artikel ini bermanfaat bagi Sahabat Cara Terkini semuanya . Jika kalian ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://kumpulan-terkini-93.blogspot.com/2013/10/doa-dan-makanan-haram.html. Terima kasih sudah datang untuk membaca artikel ini. Jangan lupa share artikel ini dan silahkan tinggalkan komentar anda dibawah.Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
DOA DAN MAKANAN HARAM
4/
5
Oleh
Unknown